Thursday, July 24, 2008

Ala..mkn sorang lagi

Hmm...today my hubby having dinner with his friends..so I just dinner alone. Hmm...what to eat ha? Malas nk masak..maybe I just go out to find food from nearer restaurant. Yesterday night, he also having dinner with his friends...actually they've got some sort like 'ampau' from their company....same goes to my hubby but not his turn to 'belanja2' mkn. We all decided to do Majlis Tahlil & Kesyukuran this mid August, InsyaAllah.

Wednesday, July 16, 2008

Choc Muffin



Yesterday before Buka Pose, I've tried buat Choc Muffin. Really easy la..hehe...sedap pun sedap. Ingat nnti want to bring it to office...maybe next week la..coz the eggs is not enough...actually dah habis pun...hahahah....


So, this is the picture...muffin ni tkde la naik elok sgt...sedikit senget...huhu..

Saturday, July 5, 2008

De bella Product

Assalamualaikum smua.

Ni nk crita skit mengenai De bella product. Banyak kelebihan yang ada dlm product2 nyer. Mmg memberi kesan yang positive. skrang ni saya mmg menggunakan product De bella, spt pencuci muka, gel sapuan utk kulit dari hujung rambut sampai hujung kaki. Icy Cool untuk kembung2 perut dan mcm2 lagi la.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai product ini dan ingin membuat tempahan, silalah ke http://debella.webasyst.net/shop/

Anda boleh menjadi ahli sekiranya ingin mendapatkan harga ahli. Jika anda berminat, silalah emailkan kepada saya di alamat erpuzy159@yahoo.com

Apa yang sy nk kongsikan ialah Gel sapu. Amat mujarab sekiranya anda terkena minyak panas,gigitan nyamuk,kesan lebam2 atau parut2 yg berwarna biru.

Suatu hari tu anak sy terkena getah pokok bunga Alamanda dan meninggalkan kesan coklat pd mukanya. Mcm2 dah sy guna utk hilangkannya..at last guna Gel Sapu De bella trus esoknya hilang sedikit demi sedikit. Dlm 3 kali sy apply Gel tersebut, dah tkde kesan dah kat muka dia.

Tuesday, April 15, 2008

Lagu my hubby tujukan utk aku



Tercipta Untukku - Ungu


menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu
kuungkapkan kepada dirimu

reff:
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragakuku
ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

Friday, March 28, 2008

Anuar Zain-Ketulusan Hati (Lirik)

Lirik Lagu Ketulusan Hati - Anuar Zain
Song / Lagu : Ketulusan Hati - Anuar ZainLyrics / Lirik Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(korus)

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(ulang korus)

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihkuOooo

(ulang korus)

Thursday, March 27, 2008

Jumaat 27Mac08 nyer menu

Ini pula,hari ni punya juadah...tp yg tk bestnye cik abg keje la pulak..so,merasa mlm ni la dia...Aku igt dia boleh balik kejap lunch,tp kawan dia dah balik...

Ohhh....cik abg aku ni keje shift...so,kalau nk kluar tu mmg susah la skit...kena sorang je kluar...sib baik tang nk pi toilet tu buleh lagi....kalau idak susah oii...hehe...

Ni gambar2 nyer...blum mkn laie ni...huh...


1. Ini tempe bersalut tepung & telur...best woo..bibik buat..hehe




2. Ni plak aku yg masak... ikan kerapu sweet & sour...huhu..best tu...siap ngan daun pisang lagi...

3. Dan satu lagi aku masak ler..sayur khailan & bunga kubis digoreng dgn telur goreng hancur....

Lauk sempena Maulidur Rasul

Ni baru lps masak...siakap kukus...hehe..



Cara2nya..
  1. Ikan siakap ni lumur ngan garam...then kukus.Balut la ikan tu ngan aluminium foil.
  2. Bungkus tp terbuka di bhgn atas. Kukus selama lebih kurang 15 min.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia (hiris kesemuanya ye).
  4. Kasi taruk itu air sedikit.
  5. Masukkan secukup rasa stok ayam or you can get kiub ayam.
  6. Cili besar potong pjg2.
  7. Air tepung jagung utk pekatkan dia.
  8. Garam dan perasa secukup rasa.
  9. Then,siap tu siram je la atas ikan,kasi mandi sama dia.
  10. Biar la dlm 10 min berendam tu kemudian dah boleh makan.

Wednesday, March 26, 2008

Huh...penat nyerrrr

Huh...penatnyer minggu ni keje...byk la plak keje aku....aku kena travel skit...tp dlm kawasan ni jerk...tp itu la, cuaca skrang ni panas la...perit sgt muka ni...Masa masuk je kete,nk drive balik opis,rasa mcm muka aku ni ibarat plastik kena api...perit sgt kulit muka....tp ada sedikit nmpak sun burn a ....even dah pakai sun block....

Hari ni aku sibuk jugak...ngah nk manage team aku supaya keje jadik teratur skit...Esok maybe siap la kot....satu hari jugak aku buat benda tu jerk...Aku kena monitor dlm 500 application kat seluruh Wilayah Pantai Timur ni. Team aku ni ada 4 org termasuk aku...aku as a team lead kena la pandai manage team....mcm2 la kena buat....kena plan...

Adeh,sakit tekak la pulak....aku ni anak beranak smua sakit...mula2 Sofia,demam,batul dan selsema...lps tu aku batuk2...plus selsema,then Damia plak kena demam dan selsema....dah seminggu dah kami smua mcm ni...

Hmm...dah tido pun Sofia...Damia dah tido awal dah...baru setengah jam lps....Bibik nk tidurkan dia tk nk...lps siap mkn aku tidurkan sekejap je dah lena....nak manja ngan mama la tu...hehe....
Sofia plak slalu kena marah....dia suka buat benda2 yg buat aku marah...Tadi dipukulnya bibik ngan penyangkut baju...masa tu dlm bilik bibik...tetiba je bibik panggil kata Sofia pukul dia...Aku pun terus cubit sofia...menangis la dia....Aku tanya,nape wat gitu,tk baik....pastu Sofia kata,bibik yg pukul dia sbb tu dia pukul bibik....Tk tau la betul ke tidak sbb Sofia ni suka gak reka2 crita....Tp aku mcm curiga jugak a....Bibik tu kekadang tk mengaku salah....hmm...walau apa pun aku mintak jauh la bibik yg pukul dia... Siap la kalau Allah tunjuk kat aku mmg betul bibik buat....fired trus nnti....

K la...aku nk tido a...penat plak rasa....bye...wassalam

Thursday, March 20, 2008

Pasar Tani Jumaat

Assalamualaikum,

Pagi2 lagi hari ni aku pegi pasar tani ngan hubby dan Sofia. Sofia selesema tp dia nk ikut jugak..Quite panas jugak la today. Fuhh,angin pun kurang...ni nk start panas dah ni....aku tk beli byk sgt hari ni...aku cuma beli breakfast,buah betik,sayur2...yg lain2 masih ada lagi stok.Hari ni mau masak aper ek..hmmm....aku ada ikan ebek dlm peti tu...smlm pak sedara kasi...dia memukat kat muara Kerteh...ok la ikan segar...aku nk masak tumis pedas cair tu la...taruk daun kesum....daun kesum ada kat belakang umah tu..aku tanam sendiri....hidup la jugak utk mkn sendiri..

Pastu ingt nk buat kerabu mangga....aku nk ubah skit...sbb aku tk beli bhn2 lain...aku nk buat style kerabu taugeh...tgk apa rasa...sedap ke idak....sayang jugak la tkde kacang tanah..kalau ada tu lagi best....tkpe la..guna apa yg ada jerk...lain kali la buat yg complete nyer....aku tk plan tadi nk buat kerabu..bila sampai kat pasar tani baru la rasa nk buat kerabu mangga jerk,tp tk tau plak apa kena beli...aku just beli mangga dan limau kesturi jerk...huhu...dan jugak kelapa parut...

Then nk buat sayur campur...aku ada beli kobis dan bunga kobis, lagi..baby jagung..ok a tu...kasi campur smua jadik sayur campur la...

Hmm..ok la...aku nk buat benda lain jap..heheh...jap lagi nk kena ke dapur laks...
Babai....

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul... Hari ini adalah hari kita utk mengingati Nabi Muhammad S.A.W. Kita disunatkan utk berselawat ke atasnya tanda ingatan kita kepada baginda.

Ini aku nk kongsikan sedikit cerita untuk dihayati bersama. Petikan drpd: http://barokah.wordpress.com/2007/03/31/selamat-menyambut-maulidur-rasul/


“ Rasulullah SAW Sumber Limpahan Rahmat”

”Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, sama ada sebelum atau sesudahnya. Ia adalah sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia. Justeru itu, sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandungi rahsia-rahsia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungkait dengannya walau satu titik, lebih-lebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahsia Tuhan yang patut kita kaji dan serlahkan. Mari kita cungkil rahsia dan hikmah di sebalik tarikh kelahiran baginda iaitu: Sebelum Fajar, Isnin, l2 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.”
Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar bererti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.

Isnin dari bahasa Arab bererti dua. Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Isnin. Justeru, keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.

Jika dirujuk pada malam, ia adalah kemuncak kegelapan.Ertinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.
Jika dirujuk pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari. Ertinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, kayu kayan, batu batan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.
Jika dirujuk pada bulan, ia adalah kemuncak bulan dalam setahun. Ertinya baginda adalah penutup dan kemuncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.

Jika dirujuk pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada. Ertinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.
Rabi’ dari bahasa Arab bererti musim bunga. Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.

Tahun Gajah. Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing bapa saudara baginda, Abu Thalib dan datuknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu bersemuka dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan semula kambingnya kerana ia adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terpulanglah kerana Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah. Jadi, di sini, terbuka rahsia bahawa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Ertinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

Tuesday, March 18, 2008

Duhai anak

Hi...bertemu kembali...hmm...malam ni kuidamkan mlm yang indah,namun,ntahlah apalah dayaku sebagai seorg wanita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Tp entah mana silapnya aku selama ini....

Aku idamkan untuk menjadi seorg yg akan diingati,disayangi dan disanjungi terutamanya oleh anak-anakku nnti. Kerana anak adalah permata hati dan pewaris yang akan samada menjamin atau tidak waktu aku di dunia dan juga di akhirat. Aku juga ingin menjadi seorg ibu yang baik dari segi menjaga anak dan juga menjadikan anak seorg anak yang berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Aku dianggap seperti tidak tahu mendidik anak. Anakku sekarang umurnya 4 tahun. Sekrang sikapnya suka melawan cakap orang terutamanya aku dan sedikit terhadap papanya. Aku sebagai seorg ibu yg kandungkannya selama 9 bln lebih, semestinya sedih jika melihat anak yg diidam2kan mendengar kata ibu dan ayahnya tidak seperti yang diinginkan. Aku akur ini adalah ujian Allah untuk menguji setakat mana tahap kesabaran aku dan juga bagaimana cara untuk mengatasinya. Aku tahu,jikalau mata yang hanya memandang tidak akan sama dgn bahu yg memikul. Bak kata org "alah...senang aje nk ajar budak2 ni..."Tapi dlm hati Allah sahaja yang tahu,bagaimana aku mencari jln tk kiralah waktu aku sedang sibuk menjalankan tugas kerja atau di mana2 setiap aku kelapangan. Akan ku cuba cari ilmu utk mendidik anak dgn cara yang betul...mengikut ajaran Islam.

Aku teringat bagaimana cara arwah bondaku mendidikku. Aku tk pernah dijentik sekalipun.Waktu itu,aku pun sebaya anakku. Aku suka mengusik adikku yg muda setahun dariku. Mmg kerap aku buat dia menangis. Ibuku hanya bising2 dari dapur...aku pun waktu itu berhenti sekejap mengusik adikku.Kemudian ku ulang lagi benda yang sama...sehinggalah aku rasa puas. Namun, terdetik seketika di dlm hatiku,kesian kat adikku. Kenapalah aku ni suka sgt usik dia. Walhal dia tk pernah buat apa2 padaku. Pada ketika itu, aku sebenarnya cemburukan adikku.Ku rasa emak sayangkan dia lebih dari aku. Sebenarnya itu adalah mainan perasaanku shj. Emak tak mcm tu.

Sekilas teringat kisah lama,ku rasa betul cara emak mengajar aku. Dia cuma menasihat aku setiap kali perkara sama aku lakukan. Dan itulah aku praktikkan ketika ini utk anak ku itu. Tapi setelah ku lihat dia seperti tidak mendengar nasihatkku,ku cuma berkeras sedikit dgnnya,sehinggalah ku angkat tanganku memukul pehanya atau mencubitnya. Dia akan menangis. Sewaktu dia menangis, aku biarkan dia menangis sambil diwaktu itu aku cuba menerangkan kenapa aku pukul dia. Aku beritahu dia apa yang dia buat itu salah. Namun selepas itu,dia masih melakukan perkara yang sama. Aku hanya berdoa pada Allah,semoga aku tidak lebih berkasar dari apa yang aku buat skrang ini. Bagi aku kanak2 seusia ini sememangnya keras sedikit dan banyak dipengaruhi faktor2 alam sekeliling. Dia sememangnya mewah. Mewah dgn segala permintaannya. Setiap permintaan akan diperolehinya. Itulah kesilapan yang sekarng baru aku sedari. Aku ingat waktu kecilku,banyak benda yang aku tk dpt. Aku tunaikan untuk anakku supaya dia tidak merasai apa yg aku rasa. Mungkin cara itulah membuatkan dia sukar utk menerima teguran.

Aku tahu,ini adalah ujian Allah. Namun aku akan cuba sedaya yg termampu utk memperbaiki peranankuu sebagai seorg ibu. Aku insan yang lemah,masih byk perluku pelajari. Aku yang perlu usahakan sendiri. Aku akan usahakan selagi aku masih di sini. Ya,selagi aku masih di sini.


Thursday, March 13, 2008

Wajah2 comel







Si Comel Sofia anak ku yg pertama










Ilmu


Ilmu padaku mmg penting utk digunakan dimasa hidup dan utk bekalan di akhirat nnti. Ilmu perlu diterapkan sejak dari dlm perut lagi. Tanpa ilmu kita tkkan ke mana. Ilmu juga tanpa amal tkkan ke mana.Ilmu itu akan sedikit demi sedikit tinggalkan kita. Kita akan lupa,sehinggalah suatu ketika,kita akan amalkan dan akan menjadi darah daging kita.

Mencari ilmu byk caranya. Sekarang kita ada byk telaga ilmu.Sebagai contoh yg terkini ialah,internet. Penggunaan internet kalau digunakan sebaiknya akan menambahkan lagi byk ilmu dlm diri kita. Samaada ilmu dunia atau akhirat. Selain daripada itu,kita boleh perolehi ilmu dari media, buku2 ataupun majalah...hah...byk kan? Cuma kita ajer yg tk tau menggunakan kemudahan yg ada.

Ilmu ini kalau diturunkan atau dikongsikan bersama2 pasti akan lebih meluas. Sebagai contoh,ilmu diterapkan kpd anak2. Pasti akan berkembang sekiranya anak2 bila dewasa nnti akan kembangkan ilmu itu kpd generasi2 yg akan datang. Mudah bukan? Itulah yg dikatakan pentingnya kita menyebarkan ilmu yang ada supaya org lain juga dpt mempraktikkan ilmu yang mereka perolehi.

Selamat Datang


Assalamualaikum,

Hi...welcome to my blog. Ku harap,apa yg bakal ku kongsikan di sini akan memberi satu kebaikan utk semua pembaca blog. Aku hanya ingin berkongsi pengalaman dan juga sedikit mengenai kisah aku seharian......So slamat membaca ruangan yang masih muda ini....