Tuesday, March 18, 2008

Duhai anak

Hi...bertemu kembali...hmm...malam ni kuidamkan mlm yang indah,namun,ntahlah apalah dayaku sebagai seorg wanita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.Tp entah mana silapnya aku selama ini....

Aku idamkan untuk menjadi seorg yg akan diingati,disayangi dan disanjungi terutamanya oleh anak-anakku nnti. Kerana anak adalah permata hati dan pewaris yang akan samada menjamin atau tidak waktu aku di dunia dan juga di akhirat. Aku juga ingin menjadi seorg ibu yang baik dari segi menjaga anak dan juga menjadikan anak seorg anak yang berguna untuk agama,bangsa dan negara.

Aku dianggap seperti tidak tahu mendidik anak. Anakku sekarang umurnya 4 tahun. Sekrang sikapnya suka melawan cakap orang terutamanya aku dan sedikit terhadap papanya. Aku sebagai seorg ibu yg kandungkannya selama 9 bln lebih, semestinya sedih jika melihat anak yg diidam2kan mendengar kata ibu dan ayahnya tidak seperti yang diinginkan. Aku akur ini adalah ujian Allah untuk menguji setakat mana tahap kesabaran aku dan juga bagaimana cara untuk mengatasinya. Aku tahu,jikalau mata yang hanya memandang tidak akan sama dgn bahu yg memikul. Bak kata org "alah...senang aje nk ajar budak2 ni..."Tapi dlm hati Allah sahaja yang tahu,bagaimana aku mencari jln tk kiralah waktu aku sedang sibuk menjalankan tugas kerja atau di mana2 setiap aku kelapangan. Akan ku cuba cari ilmu utk mendidik anak dgn cara yang betul...mengikut ajaran Islam.

Aku teringat bagaimana cara arwah bondaku mendidikku. Aku tk pernah dijentik sekalipun.Waktu itu,aku pun sebaya anakku. Aku suka mengusik adikku yg muda setahun dariku. Mmg kerap aku buat dia menangis. Ibuku hanya bising2 dari dapur...aku pun waktu itu berhenti sekejap mengusik adikku.Kemudian ku ulang lagi benda yang sama...sehinggalah aku rasa puas. Namun, terdetik seketika di dlm hatiku,kesian kat adikku. Kenapalah aku ni suka sgt usik dia. Walhal dia tk pernah buat apa2 padaku. Pada ketika itu, aku sebenarnya cemburukan adikku.Ku rasa emak sayangkan dia lebih dari aku. Sebenarnya itu adalah mainan perasaanku shj. Emak tak mcm tu.

Sekilas teringat kisah lama,ku rasa betul cara emak mengajar aku. Dia cuma menasihat aku setiap kali perkara sama aku lakukan. Dan itulah aku praktikkan ketika ini utk anak ku itu. Tapi setelah ku lihat dia seperti tidak mendengar nasihatkku,ku cuma berkeras sedikit dgnnya,sehinggalah ku angkat tanganku memukul pehanya atau mencubitnya. Dia akan menangis. Sewaktu dia menangis, aku biarkan dia menangis sambil diwaktu itu aku cuba menerangkan kenapa aku pukul dia. Aku beritahu dia apa yang dia buat itu salah. Namun selepas itu,dia masih melakukan perkara yang sama. Aku hanya berdoa pada Allah,semoga aku tidak lebih berkasar dari apa yang aku buat skrang ini. Bagi aku kanak2 seusia ini sememangnya keras sedikit dan banyak dipengaruhi faktor2 alam sekeliling. Dia sememangnya mewah. Mewah dgn segala permintaannya. Setiap permintaan akan diperolehinya. Itulah kesilapan yang sekarng baru aku sedari. Aku ingat waktu kecilku,banyak benda yang aku tk dpt. Aku tunaikan untuk anakku supaya dia tidak merasai apa yg aku rasa. Mungkin cara itulah membuatkan dia sukar utk menerima teguran.

Aku tahu,ini adalah ujian Allah. Namun aku akan cuba sedaya yg termampu utk memperbaiki peranankuu sebagai seorg ibu. Aku insan yang lemah,masih byk perluku pelajari. Aku yang perlu usahakan sendiri. Aku akan usahakan selagi aku masih di sini. Ya,selagi aku masih di sini.


1 comment:

Anonymous said...

Salam....ni adikmu nk komen sket.Ehemm!! no komenlah! ehekikiki..